PENGENALAN


Persatuan Kontraktor Bumiputra Kelas F Malaysia (PERKOBF) mula ditubuhkan pada tahun 1997 diperingkat Wilayah Persekutuan dengan peraturan dan undang-undang pertubuhanya terhad kepada Wilayah Persekutuan Sahaja.
                Memandangkan permintaan yang begitu menggalakan daripada negeri-negeri lain untuk ditubuhkan PERKOBF dengan bilangan warga Kontraktor Kelas F berjumlah 28,000 Orang diseluruh negara, Maka PERKOBF telah ditubuhkan dengan rasminya yang merangkumi seluruh Malaysia dengan perlembagaan yang baru diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM@ROC).
                  
                   Pada 10 November  2012 mesyuarat penubuhan PERKOBF Negeri Johor telah diadakan di dewan raya taman sri pulai perdana. dipengerusikan oleh beberapa orang penaja yang bersemangat untuk menjaga kepentingan kontraktor kelas F di Negeri Johor.